Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain tidak bukan ialah kaum wanita..mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan. Wanita solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang taat kepada kedua ibubapanya. jika dia menjadi isteri maka jadilah dia seorang isteri yang patuh dan taat kepada suaminya.
Wanita amat bernilai dan sangat berharga. Islam menggalakkan wanita tinggal di dalam rumah di mana beliau boleh dijaga dan tersorok dari pandangan mata-mata liar sebagaimana harta yang amat bernilai dan berharga dijaga dan disimpan di dalam bilik keselamatan dari jatuh ke tangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Allah Swt telah berfirman :
" Dan hendaklah kamu tinggal tetap di dalam rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj ( bersolek ) dengan tabarruj jahilliyyah yang terdahulu dan dirikanlah solat, tunaikan lah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya ".
"Orang yang baik itu
bukan orang yang tidak pernah berbuat salah tapi orang yang baik itu adalah
ketika dia berbuat salah, dia menjadikan kesalahannya sebuah pelajaran untuk
tidak berbuat salah lagi".
Kerana tanpa adanya sebuah kesalahan kita tidak akan pernah mengerti apa itu makna kebenaran..
Kerana tanpa adanya sebuah kesalahan kita tidak akan pernah mengerti apa itu makna kebenaran..
wasalam :)
No comments:
Post a Comment