Assalamualaikum wbt. Ape khabar semua? sihat?
Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah untuk semua guru-guru di Malaysia kerana sesetengah sekolah menyambut Hari Guru pada hari ni iaitu pada tarikh 16 Mei. Ok, sebelum saya meneruskan hasil taipan saya, dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya dari sekolah tadika hingga sampai ke menara gading dan Selamat Hari Guru juga kepada semua rakan seperjuangan saya di sekolah.
Hari ni mungkin sudah genap 3 tahun saya mengajar di sekolah rendah. terlalu banyak kenangan pahit atau manis yang tak dapat dilupakan sepanjang saya memikul tugas sebagai pendidik. Pelbagai karenah atau pelbagai ragam murid-murid telah saya lalui. kenangan ni x mungkin saya lupakan dan setiap yang berlaku tu akan mematangkan diri saya.
setiap tahun, sekolah akan menyambut sambutan hari guru ni. dan sudah tentulah semua guru akan dapat hadiah kan daripada pelajar-pelajar kesayangan mereka. tak ketinggalan juga saya, saya pun ada jugak lah dapat hadiah-hadiah dpd pelajar saya..hee..
mungkin hadiah seperti frame gambar, pen, buku, bunga, sejadah, tuala, tedy bear tu semuanya dah terbiasa bagi saya...tapi pada hari ni iaitu pada hari khamis 16 Mei 2013 ni saya telah dihadiahkan dengan hadiah yang paling special oleh pelajar saya..hehe.. nak tahu tak ape yang saya dapat?
diantara hadiah dan ucapan yang saya dapat tadi :)
TAPI ada yang lagi special tau.....sabar ea.....
Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
best kan lagu najwa latif ni :)
sape penah dengar? hah, angkat tangan cepat !!! hahahha
ha, nampak tak gambar kat atas ni?
ni la hadiah special yang saya cakap tu.....nak tahu ape benda ni?
hee, ni la peralatan untuk menjahit... budak yang bagi hadiah ni nama Noraliyyah Faiha tahun 2.
tak sangka budak kelas 2 pandai bagi hadiah macam ni....Peralatan untuk menjahit yang cute..dah la Box dia cute sesangat-sangat...dalam ni ada pelbagai peralatan termasuklah jarum, tali inci, benang, gunting dan macam-macam lagi..hee.. cute tak?
mungkin hadiah ni saya akan jaga elok-elok dan hadiah ni jugak mungkin boleh memudahkan saya untuk menjahit jika ada time emergency.... ape-ape pun terima kasih :)
sekian daripada saya... jaga diri, jaga iman dan jaga solat.. jazakallahukhairan khasira. wassalam :)
No comments:
Post a Comment