Monday, 10 June 2013

Pernahkah kita BERFIKIR ??



Apa yang kita boleh buat dengan seminit ? Ya, tidak banyak yang kita boleh buat dengan seminit. Dengan SEMINIT kita hanya SEMPAT :

1) Berzikir ( Subhanallahi wabihamdihi ) sebanyak 100x
- "Sesiapa yang membaca (lafaz di atas) sebanyak 100x ada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Atau berzikir ( SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL 'AZIIM ) sebanyak 50 kali.
- inilah ungkapan yang ringan pada lisan, BERAT PADA TIMBANGAN dan disukai ALLAH Ar-Rahman. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3) Atau berzikir ( LAHAULAWALA QUWWATA ILLABILLAH ) sebanyak 40kali.
- ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah syurga. (Riwayat al-Bukhari)

4) atau berselawat sebanyak 30kali.
- Kalau sekali selawat, Allah berselawat untuk kita dengan 10kali. Maka 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat ALLAH.

5) atau Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
- Kalau baca sekali seumpama 1/3 al-Quran, maka dalam seminit, 5kali kita mengkhatamkan Al-Quran.

6) atau Membaca 5 kali Surah al-Fatihah.
- inilah surah teragung dalam al-Quran. "Hendakkah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu 'alhamdulillahir rab al-alamin'. Ini tujuh ayat yang berulang-ulang beserta al-Quran agung yang kau terima." (Riwayat al-Bukhari)

7) atau Memberi Salam dan berjabat tangan dengan 5 orang atau Membaca 2 Helai halaman daripada majalah atau buku bermanfaat.

9) atau Membaca sehelai halaman al-Quran.

10) atau Mendapat redha dan restu ibubapa dengan menelefon dan bertanya khabar mereka di kampung.

11) atau Mengangkat tangan berdoa memohon hajat kepada ALLAH.






YA ! "TIDAK BANYAK" yang boleh kita lakukan dengan SEMINIT.
renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments: