Ya ALLAH,
Ada saatnya aku bahagia,
Ada ketikanya aku terluka,
Nafasku yang sederhana ini, lelah seketika.
Tetapi,
Kau masih dakapku dengan kasih sayangMu.
Indah...
Bilamana semangat berulang semula.
Walau air mata mengalir hiba,
Di sisiku, Kau tetap ada.
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kekuatan dan kudrat kepada ku.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment