Wednesday, 9 October 2013

Kerana 50 sen



Di tepi jendela yang kedudukannya hanya berlatarkan sebuah padang, terlihat tubuh kecil yang berimejkan baju sekolah yang sudah lusuh dimamah usia... Dia hanya keseorangan disitu..sedangkan pada masa itu, kesemua pelajar sedang menikmati makanan di kantin sekolah..

Kaki ini dihayunkan dengan tujuan untuk menyapa pelajar tersebut.... sampai sahaja disana, ku mencuit pipi pelajar itu.

Ain, kenapa kat sini?
Eh, ustazah.....hmmmm.......... (macam teragak-agak nak jawab soalan aku)
Ain tak pegi rehat?
Tak ustazah...tapi sy dah kenyang.... (dengan muka yang sedih)

Yeke ni?

(mataku terlihat tangannya yang terketar-ketar dan dalam genggaman jari-jemari yang halus itu, ku terlihat duit syiling yang hanya bernilaikan 50 sen) dalam hati, mesti budak ni tipu aku.....lantas ku bertanya padanya..

Ain tak cukup duit ea nak beli makanan kat kantin?

Takdela ustazah......sebenarnya saya nak simpan duit ni untuk belikan ayam KFC buat adik saya. Dah lama adik saya mengidamkan makanan ni..tapi, mak saya tak mampu nak beli...jadi, duit yang mak saya bagi tiap2 hari saya akan kumpulkan untuk adik saya...

(Sebak didalam hati hanya Allah yang tahu) ku menahan sebak didada...

Ustazah, ajal tu ditangan Allah kan?

Yea sayang..ajal tu ditangan Allah SWT...kenapa tanya macam tu?

Hurmmm, adik saya disahkan mengidap penyakit leukemia....doktor ada bagi tahu pada mak yang masa adik saya mungkin tinggal beberapa bulan je lagi.... Emmmm ustazah, tolong doakan adik saya ea semoga dia cepat sembuh.... lagipun saya tahu, setiap kali menadahkan tangan dan berdoa, Allah tidak akan membiarkan tangannnya itu kembali kosong... betul tak ustazah?

Betultu sayang....Amin, ustazah doakan semoga adik awak cepat sembuh...
(ingin kuseka air mata yang datang, tapi tidak mampu untuk bertahan...tiada kata yang mampu berbicara selain ku berdoa agar setiap ujian yang Allah berikan kepada pelajarku ini dapat menjadikan dia seorang yang Tabah setabah Siti Hajar )

* Pernahkah kita terfikir masih ada lagi kah manusia yang berbekalkan duit 50sen ke sekolah? Dan pernahkah kita terfikir, setiap kali kita makan makanan yang sedap, masih ada lagi manusia yang tidak makan sehari suntuk dan mengikat perut kerana kesempitan wang? Setiap kali kita mengenakan pakaian yang berbagai jenama, pernahkah kita terfikir orang di bawah kita? mampukah mereka memiliki pakaian secantik ini?

Allahuakbar......bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kita pada hari ini...jangan pernah mengeluh kerana masih ramai masyarakat pada masa kini memerlukan pertolongan kita...jika kita tidak mampu memberi pertolongan dengan duit, makanan mahupun pakaian, ambillah masa sedetik untuk mendengar luahan hati kecil mereka....








              Ya Allah, Kau berikan kebahagian dan kekuatan kepada HambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah satu pentanda bahawa engkau menyayangi setiap hambaMu itu. Dan aku tahu bahawa engkau tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuan nya. Aku percaya qada dan qadar dariMU. 






Yang Ikhlas : عين 

No comments: