Monday, 27 January 2014

Diamku tak bermakna aku lemah

1.1.2014 merupakan hari di mana semua pelajar untuk bangun pagi dan bersiap-siap pergi sekolah. Di mana hari itu juga, boleh dikatakan semua pelajar mengenakan seragam yang baru…. Seperti biasa, diawal-awal persekolahan semua guru sibuk dengan tugasan yang baru saja disandang iaitu ada yang sibuk mengagihkan buku teks, ada yang sibuk mengenali kelas masing-masing kerana almaklumla ada sesetengah guru yang baru sahaja berpindah dan sebagainya. 

PAUSE

Genap 2 minggu untuk sesi persekolahan yang baru dibuka bagi tahun 2014. Boleh dikatakan semua guru menjalankan tugas masing-masing iaitu tugas sebagai tenaga pengajar dan mendidik anak bangsa supaya berjaya. Aku? Bermulalah cerita


Rringgggggggggggggggggggggggggg………………………………………….. (loceng rehat dibunyikan)

Sedangkan aku masih sibuk berada dalam satu kelas untuk menyiapkan beberapa senarai program yang akan diadakan diawal-awal tahun seperti Majlis Maulidur Rasul. 10 minit telah berlalu dan baru aku perasan ada sorang budak yang tidak turun rehat. Pakaiannya lusuh , kekuningan dan yang lebih menyedihkan seluar yang dipakainya begitu singkat hingga ke paras betis. 


Aku mula mengemas meja dan mula menghayunkan kaki untuk pergi ke kantin. Sedang aku menuruni tangga, kelihatan ada sepasang mata yang sedang memandangku. Dia tersenyum. Matanya begitu redup, sayu kelihatan. Lantas aku bertanya padanya.



Assalamualaikum ….Yea kak, maaf bertanya… Akak cari siapa ea? Boleh saya tahu?

Waalaikumusalam…akak cari anak akak…harini akak terlewat bawa bekalan padanya.

Boleh saya tahu anak akak nama apa dan dia kelas berapa ea? 

Kelas 2 dan namanya Ahmad.

Owh, Ahmad…..ok jap ea kak…nanti saya panggil….

(pause)

Kaku dan terasa seolah-olah seperti rantai yang mengikat kakiku untuk terus bergerak. Terlihat seorang ibu tengah menyuapkan nasi pada anaknya. Nasi yang mana hanya sekadar nasi tanpa berlaukkan apa-apa. Kosong !!! Disuap sehingga bekas yang tadinya penuh kelihatan kosong. 
Aku cuba husnuzon, yela mana tahu ibunya terlupa nak letakkan lauk. 


Keesokkannya, hatiku kuat menyuruh aku pergi ke sebuah pondok yang terpencil dari semua orang yang mana ku lihat adegan seorang ibu sedang menyuapkan nasi kepada anaknya. Bekalan yang dibawa itu persis seperti bekalan yang dibawa pada hari-hari sebelumnya. Tersentap, kaku…..memikirkan punca sebenar. Hmmmm

(pause)

Hari terakhir persekolahan bagi minggu ini, seperti biasa, apabila loceng dibunyikan, semua murid akan turun rehat dan aku dalam perjalanan untuk turun rehat. Sebelum menuruni anak tangga, aku terpaksa lalu di hadapan kelas tahun 2. Kelihatan seorang budak yang sedang duduk terpaku di belakang meja. Kakiku dihayunkan, ternyata bayangan tadi adalah AHMAD. 


Ahmad, kenapa duduk kat sini? Tak rehat ea?

(Diam tanpa suara)

Mad, mak awak tak datang ea?

(sambil mengangguk-anggukkan kepala)

Jom ikut saya pergi kantin… (sambil tarik tangannya)

(menangis)

Mad, kenapa menangis ni? Ustazah ada buat silap ke? (Panik)

(diam)

-(pujuk dia dengan lemah lembut sambil tangan mengusap lembut ubun-ubunnya) –

Mad, jangan menangis mad…..nanti tak handsome la…..macam mana kalau Izzaty nampak awak tengah nangis…Haa, mesti dia cakap awak manja kan? 
(Izzaty merupakan seorang budak perempuan yang paling cantik bagi tahun 2 dan boleh dikatakan semua pelajar lelaki tahun 2 menggilainya). 


(senyum sambil menayangkan giginya yang rongak)

Kan comel kalau awak senyum macamni….nampak gigi awak yang cute tu…. 

(tersenyum malu)

Mad ada masalah ea? Cerita je pada saya…. Mana tahu ustazah boleh tolong…

(sepi tanpa kata)

Ok la mad, nanti kalau awak rasa ok, awak ceritala ea pada saya. Insyaallah, saya sentiasa ada untuk luahan awak…. (kaki bergerak beberapa langkah dan ada tangan kecil yang memegang bajuku dari belakang).

Ditoleh, dan kelihatan……………………Ya Allah, budak ni menangis…. (panik tak menentu) 

Ustazah ………….. (panggilnya dalam sayu dan teresak-esak)

Yea?

Harini mak saya tak bawak bekal.

Kenapa mak awak tak bawak bekal mad?

Beras dah habis…..

Hmmmm…………… Mad…………………. (ku biarkan dia menangis…. Manakan tahu tangisan itu mampu meruntuhkan badai yang melanda)

Ustazah, saya tak nak duit yang ustazah bagi ni….. Saya takut mak saya rotan saya.

(aku keliru)
Kenapa mak awak nak rotan awak? Tujuan saya bagi duit ni untuk awak pergi kantin dan beli makanan yang ada di kantin bagi mengisi perut awak yang kosong tu. 



(diringkaskan cerita, banyak soalan yang aku tanya pada Ahmad dan segala persolan yang bermain di fikiran selama ini sudah terjawab).


Ahmad merupakan anak yatim dan dia kehilangan ayahnya sejak dia berumur 5 tahun. Ibunya bekerja sebagai penjual kelepek ubi dan sebagaimana yang kita tahu, hasil jualan kelepek ubi tidaklah seberapa….tambahan pula berada di kampung. Dia mempunyai 13 orang adik-beradik dan Ahmad merupakan anak yang kesebelas.. Semuanya masih bersekolah. 4 orang daripada adik beradiknya telah diserahkan kepada keluarga angkat yang mana keluarga angkatnya itu berada di Pahang. Terpaksa berpisah kerana kekangan yang melanda keluarganya. Jauh nun di sana kasih sayang Ahmad terlerai. (Allahu……..sayu………….) Ahmad dididik supaya kemiskinan yang dihadapinya sekarang tidak dihebohkan kepada semua orang termasuk kawan-kawannya sendiri. Kerana apa? Kerana ibunya tidak sanggup melihat anaknya diejek sebagai budak miskin. Dan, setiap kali ada yang bagi duit, ibunya mengajarnya agar tidak menerima duit tersebut. Malahan jika Ahmad mengambilnya, kemungkinan besar Ahmad akan dirotan. Kerana apa? Kerana ibunya berpesan, jangan sesekali kita meminta-minta pada orang lain tambahan meminta pada yang tak sudi. Jangan tunjukkan diri kita lemah dan jangan mencari perhatian orang lain semata-mata untuk kita mencari sesuap nasi. Soal makanan, ibunya hanya mampu bagi makan nasi putih sahaja padanya. Diajarnya pada Ahmad, nasi putih ni pun rezeki daripada Allah juga..kita makan apa yang ada. Tiap-tiap hari makan nasi putih dan kekadang apabila kehabisan beras, Ahmad akan beralaskan perutnya dengan meminum air sahaja. Itu pun sudah cukup baginya. (Allahu………) 


Ibu mana yang sanggup melihat anaknya diejek di sekolah, ibu mana yang sanggup biarkan anaknya berlapar, ibu mana yang tak sayang pada anaknya dan ibu mana yang sanggup tengok anaknya hidup dalam kesempitan.. semua ibu nak tengok anaknya hidup dalam kesenangan tapi apakan daya……..kaya, miskin nya kita, disetiap itu terselitnya hikmah yang besar yang mata kita tak dapat tengok dari segi zahir dan batinnya kecuali Allah SWT. 

Janganlah kita memandang rendah pada golongan miskin kerana dia juga makhluk Allah. Siapa kita untuk menghukum? Fikir-fikirkan sejenak, untuk apa aku dihidupkan hari ini jika aku tak mampu menolong orang lain. Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat".

No comments: