Wednesday, 26 March 2014

Solat Fardhu Secara Berjemaah Wajib Untuk Golongan Lelaki?






Bismillahirahmanirahim…
Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.


Kita semua tahu kan yang solat berjemaah bagi lelaki adalah diwajibkan?

Bahkan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tidak sempurna solat baginya melainkan sesiapa yang uzur".

Uzur yang dimaksudkan disini seperti lelaki yang sakit, yang tidak boleh bangun dari tempat tidur dan sebagainya.


Ada satu kisah pada zaman Rasulullah SAW iaitu kisah lelaki tua yang buta dengan Rasulullah SAW.


Pada suatu hari telah datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah SAW dan dia telah meminta agar diberikan keringanan kepadanya untuk untuk solat dirumah
Namun, masa lelaki tersebut hendak pergi, lalu Rasulullah SAW memanggilnya.
Lalu baginda bertanya kepada lelaki tersebut : Adakah kamu mendengar laungan azan?
Lelaki buta tersebut menjawab : Ya, aku mendengarnya.
Rasulullah SAW kemudiannya berkata : Kalau begitu, penuhilah panggilan itu dengan solat secara berjemaah


Mesej daripada hadis ini cukup mudah, iaitu jika lelaki buta pun Rasulullah SAW anjurkan supaya solat secara berjemaah, inikan pula lelaki normal dan mendengar azan hampir setiap hari. Sudah pasti diri kita lebih dituntut oleh Rasulullah SAW untuk melaksanakan solat berjemaah.


Bahkan juga, banyak kebaikan yang dikurniakan Allah SWT kepada hambanya yang melaksanakan solat secara berjemaah.

Diantaranya mereka akan dikurniakan ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.





Ada satu lagi hadis daripada Ubay bin Kaab RA, daripada Rasulullah saw yang bermaksud : Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia semakin disukai di sisi Allah.






Wallahualam





No comments: